Terlupa lirik, Ernie Zakri minta maaf - Utusan Malaysia

Terlupa lirik, Ernie Zakri minta maaf

ERNIE Zakri membuat persembahan pada majlis menandatangani kerjasama bersama Universal Music Malaysia, baru-baru ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun mendapat pujian ramai lantaran keampuhan lontaran vokal ketika menyanyikan lagu Dawai dalam satu persembahan baru-baru ini, penyanyi, Ernie Zakri tetap merendah diri memohon maaf kerana terlupa lirik.

Ernie berkata, dia menerima banyak komen berhubung kesilapannya tidak menghafal lirik lagu popular tersebut dan secara terbuka, mengakui silapnya kerana ‘mengecewakan’ peminat karya Indonesia tersebut.

“Memang banyak komen, orang tanya kenapa salah lirik. Saya tahu peminat lagu itu memang ramai, jadi saya minta maaf ya. Saya mengaku, itu salah saya sendiri.

“Saya tidak sempat menghafal lirik lagu itu secara penuh walaupun selalu berkumandang di media sosial,” katanya.

Ernie berkata demikian ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi Ku Bersuara itu menambah, dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu itu ketika sesi latihan namun kesilapan itu terjadi tanda diduga semasa persembahan.

“Sejujurnya, ketika saya diberi tugas untuk menyanyikan lagu itu dalam Konsert Patah Hati 2.0 kelmarin, saya tak sempat mendengar lagu itu betul-betul.

“Bahagian korus tiada masalah, sebab selalu dengar. Cuma keseluruhan lagu itu saya tidak berapa hafal.

“Masa latihan, hafal semua. Tetapi bila sudah buat persembahan langsung, ditambah pula dengan rasa seronok terus terlupa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN