Tengkujuh: TNB sedia gerak aset strategik

Tengkujuh: TNB buat persiapan gerakkan aset strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia menggerakkan aset-aset strategik dan mobiliti warga kerjanya bagi berhadapan musim tengkujuh ketika ini yang dijangka berterusan hingga Mac tahun depan.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagiannya, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, bagi persediaan awal menghadapi musim monsun timur laut kali ini, TNB telah menyediakan 247 set janakuasa mudah alih, 279 unit lori, 38 buah bot, 296 set janakuasa bergerak dan 885 unit kenderaan pacuan empat roda.

Di samping itu katanya, warga kerja teknikal TNB yang terlibat dengan tugas-tugas penghentian Sementara dan penyambungan serta pemulihan bekalan akan diberikan dengan 108 unit lampu limpah serta 10 unit telefon satelit.

“Kami juga telah meneruskan pelbagai tindakan seperti peningkatan tapak pencawang dan pemasangan penghadang banjir serta
melaksanakan penandaan aset untuk memudahkan pemantauan perubahan arah aliran Banjir demi meningkatkan pengurusan bencana banjir atau mengurangkan kerosakan
pada pepasangan TNB.

“TNB sedia untuk membuka bilik gerakan dan menggerakkan pasukan di kawasan yang
terjejas sekiranya berlaku banjir. Lokasi-lokasi strategik yang tidak mungkin ditenggelami air
telah dijadikan tapaK stor sementara, pusat peralatan ujian dan pusat pengagihan
kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, petugas bilik gerakan dan barisan hadapan TNB juga berada dalam situasi siap siaga.

“Kami turut mengenal pasti sistem yang memerlukan keutamaan untuk tindakan penutupan dan pengasingan bekalan,” tambahnya.

Selain itu katanya, perancangan awal telah dibuat untuk pergerakan set janakuasa bergerak dan mudah alih ke kawasan-kawasan strategik.

Katanya, TNB juga mengawasi amaran cuaca melalui Analisis Banjir dan Penilaian Risiko  serta mendapatkan maklumat banjir daripasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Wan Nazmy turut memberi nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati semasa
menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air.

“Mereka dinasihatkan untuk mengelakkan sentuhan terhadap alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap bagi mengelakkan risiko renjatan elektrik dan mendapatkan khidmat kontraktor
pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi memeriksa pendawaian di premis yang dinaiki air setelah banjir surut,” ujarnya.

Wan Nazmy mengingatkan pengguna yang mengalami pemutusan bekalan elektrik ketika
musim banjir  untuk menghubungi TNB di talian 15454 atau melalui Facebook TNB Careline untuk mendapat bantuan dan tindakan susulan TNB.

Katanya, Pasukan Bertindak Kecemasan TNB yang beroperasi 24 jam sedia untuk menyambung semula bekalan elektrik
yang terputus dengan kadar ssgera. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya