ALOR SETAR: Tanah yang menempatkan pembangunan hotel mewah, St. Regis di Pulau Langkawi, dekat sini masih berada di bawah hak milik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan, tidak berlaku sebarang proses pajakan ketika hotel tersebut dibina dahulu disebabkan terdapat perjanjian asal yang tidak dipenuhi. “St. Regis ada isu tanah, pasal adalah salah laku sewaktu proses pembangunan hotel itu dahulu. Kita tak benarkan tanah…










