DENGKIL: Tindakan penyamaran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan empat buah kenderaan tanpa logo jabatan membuahkan hasil apabila sejumlah lori ditahan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya. Dalam Op Patuh Bersepadu bermula pukul 12.30 tengah malam tadi hingga 10 pagi semalam, 22 buah lori diarah melakukan timbangan berat muatan. Pengarah JPJ Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, antara lori yang ditahan membawa muatan ‘piling’ 79.25 peratus iaitu melebihi daripada had muatan dibenarkan.…