Sidang DUN: Semua negeri akui tarif air perlu dinaikkan - Amirudin - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Semua negeri akui tarif air perlu dinaikkan – Amirudin

Tarif air
AMIRUDIN Shari berucap dalam penggulungan perbahasan Belanjawan Selangor 2024 pada Sidang DUN di Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Ke-15 Tahun 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan kenaikan tarif air dan perlu dibawa ke peringkat kementerian dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meskipun diakui terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mana-mana negeri akan bersetuju dengan peningkatan tarif yang menjadi penyelesaian kepada peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh syarikat konsesi.

“Mana menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan air, sumber asli akhirnya akan bersetuju peningkatan tarif adalah sebahagian dari solusi. Berbanding elektrik sebenarnya air tertanggung sekian lama. 

“Seperti Pahang mereka menanggung beban hutang besar sebab mereka tidak dapat menaikan (tarif) 30 tahun, hanya Johor Berjaya meningkatkan sebelum 2018 sebab itu mereka mampu menukar keseluruhan 20,000 paip-paip yang perlu digantikan,” katanya pada penggulungan perbahasan Belanjawan Selangor 2024 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu Selangor kekal meneruskan pemberian air percuma walaupun berdepan kos yang tinggi selepas melihat kemudahan itu memberi kebaikan kepada rakyat.

“Justeru bagaimana kita melihat kebaikan menjadikan bertahan dan tidak menaikkan (tarif). Sebab itu kerajaan negeri melihat di samping memberikan air percuma, beberapa tarif selain kempen penggunaan….ia hanya bersidang sementara kerana kita tidak dapat perhatian ramai.

“Saya tidak rasa ia masalah dengan negeri lain, malah ketika pentadbiran Perikatan Nasional (Kerajaan Persekutuan) pun bersetuju menaikkan air selepas pilihan raya. Tetapi kita tidak boleh menggunakan usul untuk tujuan politik yang akhirnya merugikan kerajaan negeri,” jelasnya.

Dalam pada itu Amirudin turut menjawab celahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung semakan tarif air yang didakwa akan dibuat dalam masa enam bulan pada tahun hadapan.

“Sebab bukan kita putuskan sepenuhnya, kena diputuskan di peringkat pusat. Kita tiada tarikh lagi, jadualnya sekitar enam bulan pertama tahun depan selepas persetujuan SPAN.

“Itu persetujuan bersama, saya sudah sebutkan secara objektif semua negeri bersetuju, bukan hanya terbeban negeri kita tetapi negeri lain. Kita belum putus lagi bila hendak menaikkan tarifnya sebab jadual ditetapkan oleh menteri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya