Sidang DUN P. Pinang: PDC tidak pernah beri tanah kepada pihak swasta - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang: PDC tidak pernah beri tanah kepada pihak swasta

CHOW Kon Yeow dalam sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak pernah memberikan tanah kepada pihak swasta untuk dibangunkan sebagai taman perindustrian.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu berlaku disebabkan oleh bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi yang strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur-pelabur kategori ‘promoted industries’.

”Namun, PDC kini menghadapi kekangan untuk membangunkan kawasan perindustrian baharu yang dikenali sebagai Batu Kawan Industrial Park 2 (BKIP2) kerana faktor lokasi dan persekitaran yang tidak kondusif.

”Oleh itu, PDC berhasrat untuk berkolaborasi dengan syarikat swasta untuk membangunkan sebahagian daripada daripada BKIP2 supaya mengurangkan risiko dan kos di pihak PDC,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) mengenai senarai tanah-tanah PDC yang diberikan kepada pihak swasta untuk dibangunkan semula sebagai tanah perindustrian.

Menurut Kon Yeow, PDC telah berjaya membangunkan sembilan taman perindustrian di Pulau Pinang bagi memastikan ekosistem sektor perindustrian yang mampan mampu dicapai.

”Bagi merealisasikan matlamat ini, PDC akan terus memainkan peranan sebagai peneraju pembangunan utama kawasan perindustrian di Pulau Pinang walaupun kini terdapat beberapa pemaju swasta yang turut terlibat dalam bidang ini,” katanya.

Tambahnya, berbekalkan pengalaman dan kemahiran selama lebih 50 tahun, PDC yakin kawasan perindustrian yang dibangunkan akan terus menjadi tumpuan pelabur asing dan tempatan.

“PDC akan membangunkan sendiri tanpa penglibatan pihak swasta bagi kawasan-kawasan yang strategik.

“Cadangan kolaborasi dengan pihak swasta hanya bagi kawasan yang

kurang strategik, berisiko tinggi dan kos yang tidak kompetitif,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya