Sidang DUN: Kedah terus salur peruntukan kepada ADUN pembangkang

Sidang DUN: Kedah terus salur peruntukan kepada ADUN pembangkang

TIGA wakil rakyat pembangkang mewakili PH di Kedah akan menerima peruntukan masing-masing daripada kerajaan negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan terus menyalurkan peruntukan kewangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri ini yang berjumlah RM74,000 setahun termasuk bagi menguruskan pusat khidmat masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tiga wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) itu akan menerima sebanyak RM50,000 setahun untuk kegunaan sumbangan, pemberian, program dan lain-lain berkaitan pusat khidmat.

“Untuk peruntukan mengurus DUN pembangkang juga masih dikekalkan sebanyak RM2,000 sebulan bersamaan RM24,000 setahun berdasarkan peruntukan tahun semasa.

“Saya Menteri Besar Kedah pertama bagi peruntukan kepada ADUN pembangkang bermula 2020 walaupun kecil, kerana saya faham sebagai pembangkang jika tiada peruntukan, kita ‘sakit’ dan susah nak berkhidmat kepada rakyat, tak mampu bayar bil pejabat, lantik pegawai pun tak boleh nak bayar gaji,” katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, jumlah keseluruhan diperuntukkan untuk tiga DUN iaitu Sidam, Bakar Arang dan Kota Darul Aman itu melibatkan kos RM222,000 setahun.

Pada masa sama beliau mendedahkan pernah menjual laksa, kicap dan rambutan ketika bekerja dengan ADUN Pembangkang semasa pentadbiran kerajaan terdahulu bagi menampung pengurusan kawasan dimenangi mereka.

“Saya secara sendirinya tanpa pengaruh siapa-siapa telah mengumumkan peruntukan kepada pusat khidmat DUN pembangkang walaupun kecil tetapi dapat,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri sedia meneliti cukai jualan yang melibatkan produk petroleum seperti mana diperkenalkan Sarawak sekiranya minyak ditemukan di perairan Kedah susulan kenyataan Petronas terdapat potensi penemuan sumber hidrokarbon di Langkasuka Basin di Utara Selat Melaka berdekatan perairan Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Katanya, Petronas ketika ini sedang melaksanakan kajian seismik bagi memeta kawasan yang berpotensi untuk sumber hidrokarbon yang merangkumi 38,000 kilometer (km) persegi.

“Hasrat kerajaan negeri Kedah selari dengan hasrat kerajaan Pulau Pinang yang turut bercadang memperkenalkan cukai jualan sama. Kedah juga sedia teliti kerangka perundangan sedia ada sekiranya aktiviti cari gali minyak atau gas dijumpai dan dijalankan kelak di kawasan melibatkan perairan kita.

Sementara itu, projek Kedah Aerotropolis akan diteruskan dengan memberi fokus kepada pembangunan yang tidak memerlukan kelulusan Kementerian Pengangkutan (MOT) seperti komponen Business Park dan Sidam Logistics Aerospace Manufacturing (SLAM).

“Pada masa sama, kerajaan negeri terus komited mengadakan rundingan dengan MOT bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kerana pemaju yang diberi tanggungjawab mempunyai keupayaan untuk memajukan projek ini melalui usahasama strategik yang dibentuk di antara KXP AirportCity Holdings dan Tahira Air Sdn. Bhd,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya