Hampir separuh jalan di Selangor sudah 'tua'

Hampir separuh jalan di Selangor sudah ‘tua’

Jalan Selangor
IZHAM Hashim menjawab pertanyaan lisan dalam Sidang DUN Selangor pada Mesyuarat Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Ke-15 Tahun 2023 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hampir separuh jalan raya di negeri ini sudah `tua’ dan perlu dinaik taraf untuk kemudahan pengguna kerana kebanyakannya berusia lebih 25 tahun.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, keadaan itu menyebabkan strukturnya tidak kukuh hingga menyebabkan tampalan cepat rosak.

“Kalau strukturnya rosak, kita tampal sekejap je rosak (semula). Tetapi hampir separuh jalan di Selangor ini adalah telah melebihi umur. 

“Namun, proses naik taraf itu bajet tidak mencukupi untuk buat semua. Jadi, kita terpaksa buat secara berperingkat,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Mu’izzudden Mahyuddin (PN) dalam mengatasi tampalan jalan yang banyak dan melebihi spesifikasi sepatunya sehingga boleh menyebabkan kemalangan. 

Justeru, Izham yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan (PH) memaklumkan, aduan paling banyak diterima adalah melibatkan Jalan Persekutuan yang tidak mempunyai kontraktor khusus. 

“Memang ada Road Care, tetapi tiada peruntukan khusus untuk menyelenggara jalan-jalan dia. Jadi kena memohon.  Contohnya Lebuhraya Persekutuan itu sendiri dan juga mana-mana jalan yang mempunyai tanda FT yang melambangkan Jalan Persekutuan

“Kalau jalan-jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, memang ada kontraktor yang memantau termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelasnya.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri telah meneliti teknologi baharu dan akan membuat pembelian Jetpacher dan Thermal Road Repair bagi meningkatkan mutu penampalan dan ketahanan jalan-jalan di Selangor.

Tambahnya, pemantauan turut dilakukan menerusi Sistem Integrated Road Assessment (i-RAA) yang dibangunkan anak syarikat kerajaan negeri, Infra Sel Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab penuh untuk memantau dan laksanakan kerja penyelenggaran di Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya