Sidang DUN: 35,995 rumah terbengkalai libatkan 176 projek - Utusan Malaysia

Sidang DUN: 35,995 rumah terbengkalai libatkan 176 projek

Rumah terbangkalai
BORHAN Aman Shah berucap pada Sidang DUN Selangor dalam  Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Terdapat 35,995 rumah terbengkalai di negeri ini melibatkan 176 projek dikesan yang mana Gombak merupakan daerah paling banyak kes sedemikian iaitu 7,792 dalam 20 rancangan di dua pihak berkuasa tempatannya (PBT).

Daerah yang melibatkan bandar-bandar besar seperti Petaling pula terdapat 5,571 rumah dikesan terbengkalai di tiga kawasan PBT iaitu Shah Alam (sembilan), Petaling Jaya (1,003) dan Subang Jaya (3,123).

Di Hulu Langat pula, sebanyak 4,988 rumah dilaporkan terbengkalai juga melibatkan 20 projek perumahan di Ampang Jaya (207) dan Kajang (4,781).

Exco Perumahan dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah berkata, langkah awal seperti tindakan senarai hitam nama-nama ahli lembaga pengarah syarikat pemaju diambil untuk memastikan mereka bertanggungjawab melaksanakan projek mengikut masa ditetapkan.

“Kerajaan negeri mengambil tindakan ke tas pemaju bermasalah dan mengedarkan nama-nama yang disenaraihitamkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Sekiranya dikenalpasti nama-nama pemaju terlibat disenaraihitamkan, maka pemaju tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan sebarang pembangunan di negeri ini termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun cuma berperanan sebagai salah seorang pemilik saham di bawah nama syarikat pemaju lain,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh (PN) dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 2023.

Sementara itu, ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi (PN) dalam soalan tambahannya meminta Borhan (PH) menjelaskan kriteria pemilihan syarikat penyelamat sebagai jaminan projek perumahan disiapkan mengikut masa ditetapkan.

Borhan yang juga ADUN Tanjong Sepat memberitahu, sesuatu projek itu diputuskan sebagai terbengkalai selepas perbincangan antara pembeli dengan PBT dan LPHS sebelum menentukan syarikat penyelamat projek terbabit.

“Biasanya kita akan dapat dahulu keputusan jika projek itu terbengkalai, kita akan panggil pemaju untuk meminta sebab tidak dapat meneruskan projek.

“Kerana kalau kita ikut dalam senarai projek terbengkalai terdapat 176 projek masalah isu timbul adalah pertama iaitu masalah tanah, kemudian masalah projek terbiar begitu lama, kemudian isu infrastruktur dan juga masalah duduk tanpa Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Itu kita akan kenal pasti bagi pemaju penyelamat selepas mendapat keputusan sama ada telah diangkat ke mahkamah dan sebagainya dan juga jika ada pemaju penyelamat yang kita kenal pasti selayaknya maka pihak LPHS akan mempertimbangkan untuk memastikan mereka bertanggungjawab untuk meneruskan projek-projek tersebut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya