Shukri takluk Kejohanan Dayung Asia

Shukri takluk Kejohanan Dayung Asia

MUHAMMAD Shukri Sulaiman merangkul pingat emas dalam Kejohanan Mendayung Asia 2023 di Qingdao, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendayung Malaysia, Muhammad Shukri Sulaiman berjaya merangkul pingat emas pertama untuk Malaysia dalam Kejohanan Mendayung Asia 2023 dalam acara single scull CM1X di Qingdao, China.

Kejohanan itu disertai lapan negara, selain China selaku tuan rumah, Indonesia, Kuwait, Myanmar, Thailand, Taiwan, Emiiriah Arab Bersatu dan Vietnam turut mengambil bahagian.

Shukri yang berusia 24 tahun menamatkan saingan bagi kategori Masters C (had umur 43 hingga 49) sejauh 1.6 kilometer (km) dengan catatan 10:33.19 minit.

Dia yang berdepan halangan cuaca sejuk 5 darjah Celsius dan berangin turut mengetepikan cabaran dua atlet tuan rumah, Wang Xuegang dan Lin Yi yang menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Malaysia diwakili tiga atlet lelaki dan tiga atlet wanita turut memungut dua ingat gangsa menerusi Nur Afiqah Zamia dalam acara Masters A Single Scull Wanita CW1X dan acara berpasukan gandingan Mohd. Arif Ashraf, Nur Afiqah Zamia, Nurafika Nordin, Muhammad Aiman Aziz serta Nurul Amira Norhadi.

Ini merupakan kali pertama sukan mendayung akan dipertandingkan dalam dua disiplin dalam satu edisi Olimpik.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA), Norhadi Ishari berkata, ini merupakan kali ketiga Malaysia menyertai kejohanan mendayung.

“Kemenangan atlet Malaysia dalam Kejohanan Asia Masters ini memberi peluang dan harapan kepada PERDAMA dalam mencari slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“PERDAMA akan mengambil kesempatan ini untuk membudayakan coastal rowing sebagai sukan kebangsaan yang mana negara kita mempunyai banyak pantai semula jadi untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa, menjana pendapatan ekonomi menerusi pelancongan sukan dengan kos penganjuran yang jauh lebih rendah berbanding acara mendayung classic flatwater yang memerlukan lokasi air seperti empangann dan tasik buatan besar yang menelan kos yang tinggi dan sukar diakses oleh pendayung,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya