SHAH ALAM: Selangor memperuntukkan dalam perbekalannya bagi 2024 sebanyak RM2.53 bilion meningkat 3.2 peratus berbanding belanjawan tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.33 bilion atau 52.6 peratus diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus termasuk bayaran emolumen kepada kakitangan awam berjumlah RM480 juta, sementara pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion. Bagaimanapun, peratusan perbelanjaan bagi peruntukan tersebut dilihat menurun kepada 68 peratus daripada jumlah Kumpulan Wang Disatukan berbanding 79 peratus pada tahun lalu apabila wang…