PETALING JAYA: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman menegaskan, beliau tidak menerima sebarang ugutan atau tawaran sebelum membuat keputusan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Suhaili berkata, beliau sudah mempertimbang kesan tindakan itu dalam tempoh hampir setahun sebelum mengumumkan sokongan tersebut. Katanya, beliau hanya berpeluang bertemu dengan Anwar selepas mengumumkan sokongannya. “Saya tidak menerima apa-apa ugutan, tidak terima tawaran, tidak pernah Perdana Menteri hantar orang temui saya dan saya tidak jumpa Perdana Menteri pun sebelum isytihar sokongan. “Surat saya jelas. Saya nyatakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya