Sabar sikit ya, ada saudara di Palestin lebih memerlukan perhatian - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Sabar sikit ya, ada saudara di Palestin lebih memerlukan perhatian – Siti Nurhaliza

siti nurhaliza
SITI NURHALIZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sabar sikit ya.”

Demikian komen biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ditanya tentang promosi album baharunya, Sitism yang dilihat sedikit perlahan walaupun baru dilancarkan September lepas.

Jelas Siti Nurhaliza, ketika ini, dia lebih memberi perhatian kepada dana dan bantuan untuk rakyat Palestin yang sedang menderita akibat kekejaman rejim zionis.

”Sabar ya, ada saudara kita di Palestin yang lebih perlukan perhatian,”ujarnya ringkas.

Penyanyi Sehebat Matahari itu berkata demikian dengan memetik ciapan pertanyaan seorang pengguna akaun aplikasi X yang menimbulkan persoalan tersebut.

“Sekarang Sitism memang diam sahaja. Pemasaran tidak dijalankan, strategi zaman batu. Tiada peningkatan langsung,” ciap pengguna akaun tersebut.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza pernah menyuarakan tentang penangguhan konsert berskala besarnya tahun depan demi menghormati dan menjaga sensitiviti rakyat Palestin yang masih berdepan pergolakan peperangan.

Sebaliknya, penyanyi itu merancang untuk menggantikan konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung Mac depan itu dengan sebuah persembahan amal sekali gus mengumpul dana untuk Palestin.

Untuk info, Sitism memuatkan lapan lagu ciptaan komposer senior dan muda termasuk dari Indonesia.

Antara nama hebat yang menyumbangkan lagu untuk album itu termasuklah Aubrey Suwito, Melly Goeslaw, Sharon Paul, Andi Rianto, Luca Sickta, Tomok dan ramai lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya