Bekas setiausaha politik Sanuni tak mengaku minta, terima rasuah

REE: Bekas setiausaha politik Sanusi tak mengaku minta, terima rasuah

sanusi
Mohamad Hilmi Abdul Wahab yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika hadir bagi menghadapi dua tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. -UTUSAN Fariz Rosadi/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor didakwa di Mahkamah Sesyen sebentar tadi atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan projek perlombongan unsur nadir bumi (REE), Julai lalu.

Mohamad Hilmi Abdul Wahab, 50, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta wang sebanyak RM250,000 daripada Pengarah syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn. Bhd., Liana Mamat @ Khalid melalui seorang individu bernama, Syed Muhammad Syid Aluvi pada 4 Julai lalu, di sebuah premis di Taman Sri Hartamas.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima RM150,000 daripada Liana pada 11 Julai lalu, di Nasi Kandar Pelita, Desa Sri Hartamas di sini.

Suapan tersebut adalah bagi syarikat Kumpulan Perlombongan REE untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan Unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar Negeri Kedah.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya