Ramai tampil bantu cari Ustaz Hafiz termasuk kumpulan

Ramai tampil bantu cari Ustaz Hafiz termasuk kumpulan paranormal

KEADAAN waktu malam kawasan Lubuk Siku yang menyeramkan di mana lokasi seorang guru yang dipercayai hilang di pusat peranginan Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Ramai individu serta kumpulan dari pelbagai latar belakang hadir menghulurkan bantuan bagi mengesan seorang guru lelaki yang hilang di kawasan peranginan Sungai Sedim, di sini sejak beberapa hari lalu.

Walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd. Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang di kawasan peranginan itu sudah ditangguhkan oleh pasukan (SAR) pada 14 November lalu akibat tiada petunjuk baru, namun, terdapat sukarelawan berusaha mengesannya.

Ramai pihak secara sukarela membantu mengesan mangsa yang dilaporkan hilang termasuk dalam kalangan rakan-rakan, kumpulan pencari paranormal dan perubatan tradisional.

Antara individu yang cuba mencari ialah Fazil Abd Gani, 40, dari Kulim yang merupakan aktivis masyarakat di media sosial.

Katanya selepas membaca berita di media sosial serta akhbar mengenai operasi (SAR) yang sudah dihentikan, dia berasa terpanggil untuk cuba membantu keluarga mangsa.

“Selepas mengetahui SAR dihentikan, saya bersama seorang kawan pergi ke lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pagi Selasa lalu.

“Saya bersama seorang rakan mencari di persekitaran pusat peranginan itu termasuk di sekitar kawasan chalet dan lubuk Siku, namun, gagal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kawasan itu agak sunyi ketika pihaknya sampai kira-kira pukul 9 pagi dan melakukan rondaan di sekitar kawasan terbabit lebih kurang kira-kira dua jam.

Kemudiannya, pada pukul 12 tengah malam, sekali lagi dia pergi ke lubuk siku bersama empat lagi rakannya.

“Ketika kami sampai di kawasan terbabit, suasana agak seram dan keadaan gelap tanpa sebarang cahaya dan berpandukan lampu suluh kami cuba mencari sekali lagi di kawasan persekitaran mangsa hilang.

“Ketika mencari, ada perasaan seram juga, namun kami teruskan usaha mencari dengan pelbagai kaedah secara tradisional,namun gagal menemui sebarang petunjuk,” ujarnya.

Menurut Fazil, kira-kira pukul 2 pagi kami semua pulang ke pekan Kulim dan jika ada masa lapang nanti kami akan cuba mencarinya lagi.

Tambahnya, kehilangan guru terbabit menjadi sesuatu yang misteri kerana tiada sebarang petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk mengesannya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya