Rakan artis kutuk Tom hodoh? - Utusan Malaysia

Rakan artis kutuk Tom hodoh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Tom, mengakui sedih dan tersinggung apabila terdapat rakan selebriti yang menghina rupa parasnya.

Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, tidak menyangka rakan selebriti yang sudah dikenalinya selama bertahun-tahun itu sanggup mengutuknya sebagai hodoh seperti yang pernah dimuat naik penyanyi asal Singapura itu di media sosial.

“Ada warganet dan rakan artis cakap saya hodoh.

“Saya dan rakan artis tersebut sudah berkawan lama, tidak perlu saya dedahkan namanya. Saya ada bertanya langsung kepadanya namun dia enggan mengaku.

“Tapi dia ada meminta maaf,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Enggan memanjangkan perbalahan, Tom memadam hantaran di media sosial tersebut di samping mengakui mungkin sedikit beremosi kerana mengandung.

“Saya sudah padam hantaran tentang itu dan tidak mahu besarkan perkara ini.

“Biasalah sebagai ibu yang sedang mengandung sekarang saya cepat sangat emosi.

“Masing-masing pun punya pendapat sendiri. Dah saya hodoh, nak buat macam mana.

“Walaupun saya sedih, tapi tak mengapalah. Kecantikan ini semua cuma pinjaman Tuhan,” katanya.

Tom sebelum ini pernah memuat naik hantaran di media sosial meluahkan perasaan sedih kerana ada pihak yang menghina rupa parasnya dan memanggilnya sebagai hodoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya