BINTULU: Peti undi pertama bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak tiba di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Suarah di sini tepat pukul 5.50 petang.
Peti yang membawa undi dari pusat pengundian Tabika Kemas Kuala Segan meletakkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh 218 undi diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK), tujuh undi; dan dua bagi ASPIRASI.
Sejumlah 229 kertas undi dikeluarkan dengan satu saluran di pusat terbabit sejak pagi tadi. Jumlah itu menjadikan 338 majoriti bagi GPS.
Sementara itu, peti undi kedua dari pusat undi SK Kuala Anau tiba di Dewan Suarah tepat pukul 6 petang tadi dengan bilangan 120 undian bagi GPS; 19 PBK dan 2 bagi ASPIRASI.
Bagi pusat undi SK Kuala Anau, sebanyak 142 kertas undian dikeluarkan dengan satu pusat terbabit sejak pagi tadi. Jumlah itu menjadikan 312 majoriti bagi GPS. – UTUSAN