Polis benarkan calon, wakil calon berarak guna kenderaan sekiranya hujan - Utusan Malaysia

Polis benarkan calon, wakil calon berarak guna kenderaan sekiranya hujan

HANYAN Ramlan (kanan) menunjukkan antara laluan yang akan ditutup pada hari penamaan calon PRK Parlimen Kemaman di Kemaman, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis membenarkan calon dan wakil calon dibenar menyertai perarakan menggunakan kenderaan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu ini sekiranya hujan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kebenaran menggunakan kenderaan itu melibatkan 30 individu yang mempunyai pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini.

“Kita benarkan perarakan berkenderaan ini bagi memudahkan calon dan wakil-wakilnya untuk ke pusat penamaan calon. 

“Perarakan dengan berjalan kaki masih dibenarkan, namun jika hujan terlalu lebat dan ribut kita tidak akan benarkan perarakan ini kerana bimbang keselamatan orang awam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini, hari ini. 

Hanyan berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 10,000 penyokong parti-parti yang bertanding dalam PRK itu akan hadir bagi memberikan sokongan kepada calon yang bertanding.

Menurutnya, bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, sebanyak sebanyak 10 laluan akan ditutup secara kekal manakala tiga laluan ditutup secara berperingkat  bermula pukul 8 pagi hingga 12.00 tengahari.

“Antara laluan yang ditutup secara kekal ialah Jalan Chukai-Air Putih dari lampu isyarat bandar Chukai sehingga pusingan U Wisma Kopkem, Jalan Padang dan Jalan Sentosa, Jalan Gong Limau dari persimpangan MPK hingga ke Wisma Persekutuan. 

“Laluan yang ditutup secara berperingkat pula antaranya laluan bermula di lampu isyarat bandar Chukai dan Jalan Sulaimani dari persimpangan lampu isyarat Bandar Chukai hingga ke Stesen Bas Bandar Chukai iaitu sepanjang perarakan berlangsung,” katanya. 

Hanyan turut menasihatkan seramai 400 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada hari tersebut untuk keluar lebih awal. 

“Kita minta pelajar yang bakal menduduki MUET ini keluar awal bagi mengelak sebarang kesulitan susulan penutupan jalan yang akan dilakukan nanti dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya