Polis ambil keterangan Siti Mastura Isnin ini - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Siti Mastura Isnin ini

SITI MASTURA MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, minggu depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, proses merakam keterangan ke atas Siti Mastura akan berlangsung Isnin ini.

“PDRM setakat ini telah menerima empat laporan polis berhubung isu ini dan siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

“Keterangan Dr. Siti Mastura akan diambil pada 13 November 2023 (Isnin),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular rakaman video di sebuah majlis di Kemaman, Terengganu berdurasi 46 minit 51 saat itu apabila Siti Mastura mendakwa Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Selain itu, Siti Mastura turut mendakwa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew adalah sepupu Kit Siang selain mengaitkan isteri Guan Eng dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beliau turut mendakwa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.

Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pihaknya
melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen daripada PAS itu selepas tempoh 48 jam yang diberikan tamat bagi membuktikan dakwaannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya