PNI raih tempat ketiga Pertandingan Alam Ria Bangi 2023

PNI raih tempat ketiga Pertandingan Alam Ria Bangi 2023

PUSAT Asuhan Tunas Islam Nurul Iman Bandar Tun Hussein Onn yang diwakili Noreha Othman bergambar bersama tetamu dalam Pertandingan Alam Ria Kawasan Bangi 2023 di Sungai Sekamat, Kajang, Selangor baru-baru ini . oleh Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pusat Asuhan Tunas Islam Nurul Iman ( PNI ) Bandar Tun Hussein Onn , Cheras telah menghantar seramai 35 peserta untuk menyertai Pertandingan Alam Ria Kawasan Bangi 2023 yang telah diadakan di Sungai Sekamat, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Menurut Guru Besarnya, Noreha Othman, objektif utama program diadakan bertujuan mengasah bakat terpendam kalangan murid , memupuk keberanian , semangat kerjasama berpasukan antara guru, murid serta ibubapa dan membentuk jati diri positif.
Sebanyak 38 pasukan di seluruh kawasan Bangi bersaing dalam keseluruhan acara yang dipertandingkan iaitu azan, bercerita, deklamasi sajak, khutbah,nasyid, kalam jamaie, pidato dan hafazan surah.

 Pusat Asuhan Tunas Islam Nurul Iman Bandar Tun Hussein Onn yang diwakili Noreha Othman bergambar bersama tetamu dalam Pertandingan Alam Ria Kawasan Bangi 2023 di Sungai Sekamat, Kajang, Selangor baru-baru ini . oleh Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN