PM tegaskan set minda perang dingin dinoktahkan

PM tegaskan set minda perang dingin dinoktahkan

ANWAR Ibrahim dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan “The Global Economy and State of The World.” Sesi itu dikendalikan wartawan China Global Television Network (CGTN), Tian Wei. - Facebook/Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri menegaskan set minda perang dingin perlu dinoktahkan kerana keadaan semasa memerlukan seluruh negara sama ada besar atau kecil berganding bahu dan bekerjasama.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan kumpulan serantau seperti ASEAN tidak sepatutnya dipaksa melihat dunia dan kuasa besar dalam sudut pandangan tersebut.

Kata beliau, pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping di luar Ekonomi Asia Pasifik (APEC) merupakan satu perkara yang penting untuk kebaikan semua pihak.

“Saya percaya solusi untuk ini adalah kerjasama yang lebih baik, set minda perang dingin ini perlu tamat sebab dunia sekarang lebih berkecamuk dan kompleks, di mana ia memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan komitmen untuk berkongsi idea.

“Ia seharus memberikan satu mesej yang jelas bahawa kita boleh bekerjasama dan mempercayai satu sama lain dalam usaha untuk menyelesaikan masalah serius seperti perubahan iklim,” Sesi dialog pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC ke-30.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 APEC di San Francisco, AS yang bertemakan ‘The Global Economy and State of The World’ bermula kelmarin.

Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selain pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sementara itu, sesi soal jawab tersebut dikendalikan oleh wartawan China Global Television Network (CGTN), Tian Wei.

Anwar berkata, sektor swasta kini seharusnya memainkan peranan lebih dominan bersama-sama dengan masyarakat.

“Kita perlu buat satu perlarasan yang diperlukan dan terima hakikat bahawa walaupun dalam demokrasi kita bercakap mengenai akauntabiliti demokraktik, ia bukan sahaja pilihan raya setiap lima tahun.

“Akauntabiliti itu bukan sahaja pada ahli politik tetapi juga ahli perniagaan dan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya