Pinda Akta 355, tubuh jawatankuasa khas tangani pertikaian undang-undang syariah - Utusan Malaysia

Pinda Akta 355, tubuh jawatankuasa khas tangani pertikaian undang-undang syariah

MAIS
ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mencadangkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Akta 355 berkaitan bidang kuasa jenayah syariah negeri selepas terdapat cubaan menjejaskan kedudukan Islam melalui proses mitigasi mahkamah.

Malah, kerajaan turut digesa menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat Persekutuan untuk membuat kajian kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menggubal undang-undang lslam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof dalam satu kenyataan berkata, tindakan segera perlu diambil untuk mengelak pertikaian seperti ke Iki Putra dan Nik Elin berlaku lagi pada masa akan datang.

“lni kerana pertikaian seperti ini hanya akan menjejaskan kuasa negeri berhubung dengan agama lslam.

“Pindaan undang-undang dan penubuhan jawatankuasa khas adalah seperti maa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal lslam Malaysia (MKl) sempena Mesyuarat MKI Kali ke-70 baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, Pemuda Pas mengeluarkan satu kenyataan mendakwa undang-undang syariah berdepan ancaman apabila terdapat individu membuat pertikaian terhadapnya melalui mahkamah.

Malah, mahkamah dikatakan turut membenarkan perkara itu dibawa ke dalam prosiding.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan MAIS komited untuk memperkasa perundangan lslam di Selangor menyatakan komitmen dan mengharapkan Kerajaan Persekutuan agar melibatkan jabatan tersebut bersama-sama dengan jawatankuasa khas yang dibentuk.

“Penubuhan jawatankuasa khas tersebut adalah penting untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berhubung dengan kompetensi badan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang lslam demi menjaga kedudukan agama lslam sebagaimana Persekutuan dan agama negeri.

“lni adalah untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berhubung dengan kompetensi badan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang lslam,” tegasnya.

Sebelum ini, Nik Elin dilaporkan memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

Kata Abdul Aziz lagi, bagaimanapun MAIS menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan perkara berkaitan pentadbiran keadilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya