Pengguguran peruntukan GEG: 'Hari ini hari paling menyedihkan

Pengguguran peruntukan GEG: ‘Hari ini hari paling menyedihkan’ -Khairy

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Hari ini adalah hari yang paling menyedihkan.”

Demikian reaksi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terhadap pengguguran peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Katanya, beliau sebelum ini mengubal RUU Generasi Penamat (GEG) demi kesihatan awam dan dibentangkan di Parlimen kerana mengandungi langkah pengawalan bagi penjualan vape dan GEG serta mendapat sokongan komuniti kesihatan awam.

Sebaliknya kata Khairy mendakwa kegagalan itu berpunca akibat tindakan industri tembakau dan vape melobi Peguam Negara dengan menggunakan hujah RUU GEG bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan. Saya gubal GEG demi kesihatan awam dan bentang di Parlimen, sebelum ini. RUU ini mengandungi langkah pengawalan bagi penjualan vape dan GEG serta mendapat sokongan komuniti kesihatan awam.

“Mereka mahu vape diharamkan, namun kita berjaya mencari jalan tengah dengan memasukkan peruntukan mengenai GEG. Kini ia digugurkan,” katanya dalam Instagram beliau hari ini.

Terdahulu, peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok digugurkan daripada RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentangkan sekali lagi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan RUU sebelum ini, yang lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat Rokok (GEG) dan dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 12 Jun lalu, terdapat empat peruntukan berkaitan larangan itu yang dikenakan terhadap individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Ia merangkumi Perkara 13, 14, 18 dan 19, iaitu larangan penjualan produk tembakau, bahan merokok, merokok produk tembakau dan merokok produk pengganti tembakau bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Di bawah RUU baharu yang dibentangkan hari ini, di bawah Perkara 17 (1) larangan merokok dan menggunakan produk tembakau dikenakan kepada bagi orang belum dewasa iaitu di bawah usia 18 tahun.

RUU GEG yang secara rasmi dikenali RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan melarang penggunaan, pembelian dan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir selepas 1 Januari 2007.

Menurut Khairy, Malaysia terlepas peluang untuk meluluskan undang-undang yang penting untuk kesihatan awam, walaupun penjualan vape akan dikawal.

“Bagaimanapun, tahniah pemain tembakau dan industri vape. Anda telah menang,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN