Pendakwaan politik sudah dianggap norma biasa bila kerajaan bertukar - NGO

Pendakwaan politik sudah dianggap norma biasa bila kerajaan bertukar – NGO

FAIZAN MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa siri kes pendakwaan mahkamah dalam kalangan ahli politik disifatkan sebagai satu proses pendakwaan bermotif balas dendam dan ugutan apabila kerajaan pada hari ini dilihat mengambil tindakan pendakwaan terpilih.

Presiden Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Noor berkata, rakyat sudah muak dengan kes-kes pendakwaan seperti ini kerana ia membazir masa dan duit pembayar cukai yang sepatutnya difokus kepada kemaslahatan rakyat.

Jelasnya, apabila kerajaan baharu memimpin Malaysia, rakyat mengharapkan pimpinan baharu ini membawa Malaysia ke sistem baharu yang lebih adil, saksama dan bebas secara sepenuhnya.

“Tetapi kita tetap disajikan dengan berita-berita pendakwaan bermotifkan politik sehingga ia dianggap sebagai norma-norma biasa apabila kerajaan beralih tangan.

“Perkara seperti ini tidak sihat dan ia tetap berlaku tatkala pemimpin yang ada pada hari ini saban hari melaungkan reformasi suatu ketika dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes-kes melibatkan ahli politik yang dilihat bersifat pendakwaan bermotifkan politik seperti pendakwaan ke atas Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan yang berdepan enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM3.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 November lalu.

Sebelum ini, ahli politik ini berdepan enam pertuduhan lain iaitu lima kes rasuah berhubung projek Jana Wibawa dan satu AMLA sekali gus menjadikan ahli perniagaan tersebut berdepan 12 pertuduhan meminta, menerima rasuah dan AMLA, yang mana ia akan didengar oleh Hakim, Suzana Hussin.

Pada masa sama, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan menghasut, dengan mengaitkan pembebasan seorang pemimpin daripada 47 kes jenayah dengan sabitan bersalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, beberapa minggu lalu. – UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.