Pemuda 20 tahun galas tugas berat pastikan lima adik kekal

Pemuda 20 tahun galas tugas berat pastikan lima adik kekal bersekolah

NIK Izzati Nik Aziz (tiga dari kanan) menerima sumbangan zakat daripada Che Norhayati di rumahnya di Kampung Sungai Pas, Kuala Krai, Kelantan. – UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang pemuda berusia 20 tahun menggalas tugas berat apabila perlu memastikan lima adiknya yang lain kekal bersekolah.

Nik Malikil Adli Nik Azizi perlu berbuat demikian selepas ke­dua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Nik Izzati Nik Aziz, 18, sejak pemergian kedua-dua orang tuanya itu pada Mac dan Jun lalu tugas sebagai ketua keluarga kini galas sepenuhnya oleh abang sulungnya Nik Malikil Adli.

“Kami kehilangan abah dan umi dalam tempoh tiga bulan sahaja dan pemergian itu amat berat buat kami adik beradik. Namun itu sudah ketentuan dan kami perlu reda.

“Sekarang kami enam beradik sudah tiada tempat bergantung serta perlu berdikari selain meletakkan abang (sulung) sebagai tulang belakang,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya, Che Norhayati Mohamed.

Pelajar Sekolah Mahaad Rahmaniah, Kuala Krai memberitahu, selain itu empat lagi adiknya yang masing-masing berusia 16, 15, 13 dan 11 tahun masih lagi bersekolah. “Meskipun hidup dalam kekurangan, namun kami enam beradik mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama di rumah pusaka milik arwah datuk kami dan perlu berdikari.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasio­nal (BSN), Nik Izzati Nik Aziz (0300541000090389)/ –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN