Pelajar Tadika Afwa Al-Afiyah di Gaza selamat - Utusan Malaysia

Pelajar Tadika Afwa Al-Afiyah di Gaza selamat

Tadika Gaza
SITI Nurhaliza bergambar bersama sebahagian peserta program Bijihad LZS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 100 kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Afwa Al-Afiyah dibangunkan Yayasan Nurjiwa di Gaza, Palestin kini berada dalam keadaan selamat meskipun bandar tersebut teruk dibedil tentera Zionis.

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, ketika ini, kanak-kanak berkenaan berada di Selatan Gaza bersama 10 orang tenaga pengajar tadika selepas diminta berpindah di kawasan tersebut oleh pihak berkuasa negara itu.

“Alhamdulillah, Allah melindungi mereka sehingga sampai ke sana, tapi apa yang menyedihkan adalah kanak-kanak ini berpindah sehelai sepinggang, iaitu tidak membawa apa-apa langsung.

“Yang lebih penting ketika ini adalah mereka semua dalam keadaan selamat,” katanya dalam sidang akhbar program Bizjihad Lembaga Zakat Selangor (LZS), hari ini.

Beliau menambah, pihak yayasan turut menghulurkan bantuan tambahan seperti pakaian, selimut dan bahan makanan kepada semua kanak-kanak itu, baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Cindai itu, beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sentiasa menantikan perkembangan terkini keadaan di Selatan Gaza daripada rakan baik mereka di sana.

“Memang sukar untuk hubunginya ketika ini kerana kebanyakan kawasan kini tiada liputan internet. Tetapi ada sebuah hospital di Selatan Gaza ada internet, jadi dia akan ke hospital itu bagi memaklumkan perkembangan terkini di sana serta keadaan kanak-kanak tadika itu,” ujarnya.

Katanya lagi, sekiranya tadika itu musnah, beliau bertekad untuk membangunkan semula pusat pengajian tersebut supaya kanak-kanak kecil Palestin terus mendapat pengajian asas, dengan harapan mereka akan membangunkan semula negara berkenaan.

Siti Nurhaliza juga meminta rakyat Malaysia untuk terus memberi sumbangan kepada rakyat negara tersebut, yang kini amat memerlukan bantuan makanan dan perubatan bagi kegunaan mereka.

“Teruskan berdoa untuk Palestin. Ada rakyat Malaysia dimakbulkan Allah sekaligus boleh menghentikan krisis ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya