(PARLIMEN) Ordinan Buruh Sabah dipinda

(PARLIMEN) Ordinan Buruh Sabah dipinda

MUSTAPHA bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen hari ini. FOTO: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam proses membuat pindaan terhadap Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang merupakan undang-undang buruh utama mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di negeri itu. 

Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, draf Rang Undang-Undang (RUU) itu sudah lengkap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan dan kelulusan.  

Katanya, selepas dibentang ke peringkat Kabinet, kementerian menyasarkan RUU tersebut dibentang pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. 

“Sekiranya pindaan ordinan ini diluluskan di Dewan Rakyat, sudah pasti hak-hak dan faedah yang akan dinikmati oleh majikan dan pekerja Sabah setara dengan pekerja di Semenanjung. 

“Pindaan ini juga pasti akan menaikkan imej Sabah di peringkat antarabangsa terutama berkaitan isu-isu hak asasi manusia, hak pekerja, isu penghapusan diskriminasi dan membasmi buruh paksa kanak-kanak,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. 

Ordinan itu mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1950 dan diwarta menjadi undang-undang Persekutuan pada 20 Mei 1965. 

Ordinan tersebut hanya dipinda sekali sahaja pada 2005 berbanding Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang telah dipinda sebanyak 12 kali. 

Antara cadangan pindaan dalam ordinan itu melibatkan tafsiran; liputan kepada semua pekerja diperluaskan tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan; penentuan siapa pekerja dan majikan; memperkukuh peruntukan berkaitan dengan liabiliti pembayaran gaji dan gangguan seksual. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN