Kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah bermula esok

(PARLIMEN) Kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah bermula esok

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mula memperkenal kad diskaun khas untuk peniaga Menu Rahmah esok. 

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, inisiatif terbaru itu membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan potongan harga ditawarkan di enam pasar raya yang bekerjasama dengan kementerian terbabit.

“Esok saya akan turun bersama Timbalan Menteri (KPDN), bagi satu inisiatif terbaru iaitu penawaran kad diskaun rahmah kepada pengusaha kafe dan restoran yang terbabit dalam inisiatif ini.

“Ia sebagai insentif kepada mereka yang menyokong usaha kerajaan melalui Menu Rahmah selama ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, KPDN memaklumkan akan mewujudkan mekanisme khas bagi memberikan potongan harga istimewa kepada peniaga Menu Rahmah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN