Panjat bumbung flat elak dicekup - Utusan Malaysia

Panjat bumbung flat elak dicekup

Panjat bumbung
SUSPEK yang memanjat bumbung untuk melarikan diri selepas cuba memecah masuk sebuah rumah dekat Flat Seksyen 20, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Cubaan seorang suspek kes pecah rumah yang tular mahu meloloskan diri dengan memanjat bumbung Flat Seksyen 20 di sini, gagal apabila dicekup pihak berkuasa semalam

Tindakan nekad lelaki itu mencetuskan gempar kepada penduduk setempat namun berjaya ditahan pukul 12.03 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah di sekitar daerah ini.

“Ketika serbuan lelaki itu cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah pangsa tersebut.  Namun, dia berjaya ditahan bersama tiga lelaki dan seorang wanita Thailand berusia 24 hingga 37 tahun dengan bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan semua suspek dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, pihaknya turut merampas pelbagai jenis barangan hasil pecah rumah selain peralatan dan dadah. 

“Hasil saringan air kencing semua suspek  positif dadah dan turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk dadah. Mereka disyaki terlibat dalam tiga kes pecah rumah di Shah Alam sejak awal tahun ini,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 15 November ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun empat dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan AG. Kaszainizan di talian 013-9780282 atau balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya