Muhyiddin tarik balik keputusan bersara

Muhyiddin tarik balik keputusan bersara

Muhyiddin Yassin bersama Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu selepas penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan 2023 parti itu di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu selepas diminta berbuat demikian oleh isteri dan kepemimpinan parti.

Ekoran itu beliau membuat keputusan untuk memegang jawatan tersebut bagi tempoh satu penggal lagi yang dianggapnya sebagai terakhir.

“Sebenarnya, saudara kuasa yang paling besar saya hendak sebutkan dekat sini bukan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT), kuasa besarnya tidak bukan adalah isteri saya.

“Isteri saya hadir sejak beberapa hari lepas dan semalam duduk sampai akhir, dia teks kepada saya, isteri saya kata stay another term, tak habis lagi. Ini dia kata, stay another term, jangan kecewakan mereka, they need you mereka ikhlas yang (sayang),” ujarnya.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan PAT Bersatu 2023, di sini semalam, bekas Perdana Menteri itu berkata, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman juga merestui jika beliau terus mengetuai Bersatu.

Menurut Muhyiddin, isterinya menegaskan Bersatu masih memerlukan beliau kerana parti itu belum kuat dan lakukannya untuk negara.

“Jadi saya hendak menyatakan atas hasrat dan niat baik saudara saudari, pimpinan yang ada di atas semua yang ada di sini mungkin di luar sana saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden apabila sampai masanya nanti,” katanya.

Kelmarin Muhyiddin dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan tersebut menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti pada tahun hadapan bagi mempertahankan jawatannya.

Beliau turut menyatakan mahu mewariskan kepemimpinan parti kepada pelapis baharu bagi meneruskan perjuangan Bersatu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN