MBPJ dinobat PBT Cemerlang (Bandaraya) 2023

MBPJ dinobat PBT Cemerlang (Bandaraya) 2023

FADILLAH Yusof (dua dari kanan) bersama Nga Kor Ming (dua dari kiri) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dinobatkan sebagai penerima anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang (Bandaraya) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023).

MBPJ melalui satu kenyataan berkata, mereka berjaya mendahului lima calon lain dalam anugerah tersebut iaitu antaranya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Katanya, penganjuran AKM 2023 merupakan hasil cetusan idea Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dan buat pertama kali diadakan pada tahun ini.

“Ia bertujuan memantapkan tahap motivasi seluruh pasukan KPKT agar lebih cemerlang dalam aspek pelaksanaan tugasan, kepemimpinan, inovasi dan sosial.

“Anugerah ini juga merupakan inisiatif KPKT bagi menghargai sumbangan, kecemerlangan dan kejayaan warga kementerian tersebut dan PBT dalam mengharumkan nama KPKT.

“Ia juga pengiktirafan atas sumbangan PBT yang komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya dalam masyarakat setempat serta menunjukkan prestasi dan daya kerja cemerlang, progresif, berdaya maju dan dinamik dalam melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan yang membangunkan lokaliti masing-masing,” katanya.

AKM 2022 mempertandingkan 12 kategori dan merangkumi lapan anugerah iaitu bagi kategori individu Anugerah Keunggulan Menteri, Anugerah Berlian KPKT, Anugerah Kepimpinan Terbaik dan Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik.

Bagi kategori berpasukan pula adalah Anugerah Hijau KPKT, Anugerah Organisasi Sejahtera, Anugerah Organisasi Paling Responsif dan Anugerah PBT Cemerlang.

Majlis AKM 2023 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga menyampaikan anugerah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir.

Sebelum ini, MBPJ turut berjaya merangkul dua anugerah utama di Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Kebangsaan bagi kategori Anugerah Penghargaan Bandar Mampan 2023 dan Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya