Mawar Rashid diam diri soal cerai - Utusan Malaysia

Mawar Rashid diam diri soal cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mawar Rashid memilih berdiam diri tentang dakwaan cerai membabitkan dia dan suami, Raf Yaakob.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika dihubungi Utusan Malaysia hanya mendiamkan diri sebelum memutuskan panggilan telefon apabila diajukan berkenaan perkara itu.

Mawar dan Raf, 38, seperti dilaporkan media tempatan dijadualkan hadir ke mahkamah syariah hari ini untuk urusan penceraian.

Namun begitu, Mawar dan Raf masing-masing tidak kelihatan di mahkamah tanpa diketahui sebabnya.

Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur
pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN