Masih tanda tanya siapa Mr. H yang diambil keterangan hari ini

Identiti Mr. H masih dirahsiakan, diambil keterangan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG : Keterangan individu dikenali Mr. H dipercayai akan diambil polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah membabitkan dua individu termasuk Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Bagaimanapun, identiti individu dikenali Mr. H itu bagaimanapun masih dirahsiakan dan belum dapat dipastikan.

Malah, usaha Utusan Malaysia mendapatkan masa dan tempat proses keterangan itu diambil juga belum diperoleh.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan akan memanggil Mr.H selepas Individu berkenaan dikenal pasti berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Mohammad Agus.

Selain itu, beliau juga menggesa penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani segera tampil membantu siasatan ini.

Razarudin memberitahu, ada beberapa individu lagi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan itu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, siasatan juga telah dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung laporan dibuat Mohammad Agus mengenai kebocoran laporan polis yang dibuatnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN