Mahkamah Persekutuan bersidang semakan ketepi hukuman mati

Mahkamah Persekutuan bersidang kali pertama dengar semakan ketepi hukuman mati

Mahkamah Persekutuan akan menyambung sidang hari ini bagi mendengar petisyen seorang peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Empat bulan selepas penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023, Mahkamah Persekutuan akan bersidang buat pertama kali bagi mendengar 25 permohonan banduan untuk menyemak hukuman gantung mandatori yang dikenakan terhadap mereka atas pelbagai kesalahan.

Panel hakim mahkamah tertinggi negara akan mendengar 11 permohonan semakan esok manakala baki 14 lagi akan didengar pada Khamis.

Banduan-banduan tersebut akan berpeluang menyemak hukuman mati yang dikekalkan oleh panel terdahulu dalam usaha menggantikannya dengan hukuman penjara.

Jika permohonan semakan dibenarkan, hukuman gantung akan diketepikan dan digantikan dengan tempoh pemenjaraan atau sebarang perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Menurut laporan media, sejumlah 924 permohonan semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat telah dikemukakan kepada mahkamah setakat 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, jumlah itu melibatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.

Akta berkenaan yang berkuat kuasa mulai 4 Julai lalu menghapuskan hukuman mati bagi 12 kesalahan termasuk pengedaran dadah, pembunuhan, penderhakaan dan keganasan.

Selain itu, Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April dan Dewan Negara pada 11 April serta mula berkuatkuasa mulai 12 September lalu.

“Melalui statistik Jabatan Penjara, seramai 1,020 banduan akan menerima manfaat susulan daripada penguatkuasaan Akta 847 ini. Pendengaran kes pertama bagi semakan hukuman di bawah Akta 847 akan diadakan pada 14 November ini di Mahkamah Persekutuan.

“Berhubung dengan jangka masa penyelesaian proses semakan, tiada tempoh masa tertentu ditetapkan, proses pemfailan dan pendengaran akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 pada 6 November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya