LKAN: Penyakit, kematian denggi menurun

LKAN: Penyakit, kematian denggi menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan kawalan penyakit denggi mencapai objektif iaitu untuk mengurangkannya sebanyak 0.48 Juta dan 727 kematian dari tahun 2017 hingga 2022.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022,  kadar insiden denggi menunjukkan penurunan pada tahun 2020 dan 2021 namun  pada tahun 2022, ia meningkat tetapi masih rendah dan terkawal berbanding tahun 2017 dan 2018.

“Kadar kematian berkurang dari 0.14 peratus (2017) kepada 0.01 peratus (2022) seterusnya ia  mencapai sasaran bawah 0.2 peratus,” katanya.

Menurut laporan, terdapat beberapa kelemahan dalam aspek pengurusan yang memberi kesan kepada keberkesanan pengurusan kawalan penyakit denggi seperti pasukan petugas dan peralatan bagi melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan serta kerjasama masyarakat dalam menangani penyakit denggi.

“Bagi tempoh tahun 2017 hingga 2022, jumlah kes denggi di Malaysia adalah sebanyak 477,336 dengan kes tertinggi pada tahun 2019 sebanyak 130,101 kes. Namun, 727 kes kematian denggi dilaporkan di seluruh Malaysia dengan kematian tertinggi pada tahun 2019 iaitu 182 kes kematian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN