Lelaki dalam perjalanan rai Deepavali antara dua penunggang maut

Lelaki dalam perjalanan rai Deepavali antara dua penunggang maut

KEMALANGAN yang mengakibatkan dua penunggang motosikal maut di Jalan Bukit Kuang, Bukit Jenun di Pendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka secara berasingan bertembung dalam kemalangan di Jalan Bukit Kuang, Bukit Jenun di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 8.20 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa pertama merupakan seorang lelaki berketurunan India berumur 30-an yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dari arah Padang Lembu ke Bukit Jenun untuk menziarahi kenalannya sempena sambutan perayaan Deepavali.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha dinaiki seorang lelaki berusia 40-an dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Arriz Sham, akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Yan untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN