Lebih sejuta pelancong China lawat Malaysia tahun ini

DEWAN RAKYAT: Lebih sejuta pelancong China lawat Malaysia tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima ketibaan 1.02 juta pelancong dari China dan 472,479 pelancong dari India dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 42.2 peratus kemasukan pelancong China dan 87.6 peratus pelancong India berbanding tempoh sama pada 2019.

Katanya, pengecualian visa 30 hari kepada pelancong China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024 akan melonjakkan lagi jumlah kemasukan pelancong dari luar negara.

“Pengecualian visa adalah inisiatif penting dalam merangsang pertumbuhan dan peningkatan industri pelancongan negara terutama kedua-dua pasaran yang mempunyai populasi yang ramai.

“Ia pastinya menarik jumlah kemasukan pelancong yang ketara dan membawa impak positif kepada industri dan kita jangka, peningkatan pelancong secara tidak langsung dapat menjana ekonomi industri berkaitan pelancongan seperti perhotelan, peruncitan, pengangkutan dan sebagainya,” katanya semasa pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tetap memastikan fasiliti dan kemudahan di negara khususnya tempat pelancongan dalam keadaan baik dan selamat bagi pelancongan serta menawarkan produk pelancongan yang menarik dan kompetitif.

“Yang terpenting, jangan kita jadikan semua isu sebagai isu agama atau perkauman.

“Kami harus lebih fokus kepada elemen benar-benar memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi supaya kita dapat keyakinan daripada pelancong dan semakin banyak pelancong ke negara kita. Barulah dapat membantu perkembangan ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.