Lebih 1,000 hadir di Majlis Makan Malam Gala GMBF di Kuching

Lebih 1,000 hadir pada Majlis Makan Malam Gala GMBF di Kuching

ANTARA pameran yang terlibat pada program Global Muslim Business Forum (GMBF) edisi kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Dianggarkan lebih 1,000 usahawan, pembesar dan tetamu jemputan hadir pada program Global Muslim Business Forum (GMBF) edisi kedua yag dianjurkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam ini.

Sebanyak 48 negara dari benua Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asia, Afrika dan Oceania hadir pada forum berkenaan.

Daripada jumlah penglibatan negara tersebut, seramai 718 orang peserta terdiri daripada moderator dan penceramah yang mana objektif penganjurannya adalah untuk menggalakkan dilaog dan wacana mengenai ekonomi Islam global di samping meneroka amalan terbaik dan inovatif dalam pelbagai domain seperti kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian.

Pada pukul 8 malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri; Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba dan disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta wakil Presiden Repulik Indonesia, Prof. Dr. Ma’ruf Amin dan menteri-menteri, duta-duta dari dalam dan luar negara.

Dianjurkan oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Islamic Chamber of Commerce, Industry and Agrilclture, dan Global One, forum ini bertujuan untuk menjadi hab pengetahuan bagi kerajaan, syarikat dan masyarakat sivil untuk meneroka amalan terbaik dan inovatif dalam pelbagai domain seperti Islam, kewangan, teknologi hijau dan pertanian.

Bertemakan ‘Inovasi dan Transformasi dalam Ekonomi Islam’, forum itu akan menampilkan ucaptama oleh pemimpin Dunia Islam, sesi pleno, bengkel dan majlis anugerah.

Penganjuran forum tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan perniagaan dunia Islam dengan menjalinkan hubungan perniagaan dan perkongsian dengan lebih kukuh di seluruh dunia.

Ia juga bertujuan untuk menggalakkan inisiatif dan program berorientasikan hasil berasaskan nilai untuk impak sosial dan ekonomi bagi pembasmian kemiskinan, dan promosi keusahawanan sosial dan usaha perniagaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN