Lagi sekolah di P. Pinang terima ancaman bom menerusi e-mel - Utusan Malaysia

Lagi sekolah di P. Pinang terima ancaman bom menerusi e-mel

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sebuah sekolah menengah agama di Jalan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini turut menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis menerima laporan ancaman bom itu dari guru sekolah berkenaan pukul 1.55 tengah hari, hari ini.

”Sekolah itu menerima e-mel ancaman bom tersebut pada Selasa lalu, namun hanya menyedari e-mel tersebut hari ini.

“Berdasarkan maklumat, e-mel ini adalah daripada pengirim yang sama dengan sekolah-sekolah yang menerima e-mel pada Selasa lalu,” katanya di sini hari ini.

Laporan polis yang dibuat sekolah menengah agama itu menjadikan empat buah sekolah termasuk tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis menerima sebanyak 37 laporan berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara setakat pukul 2 petang semalam.

Razarudin berkata, ia melibatkan 28 sekolah antarabangsa; tujuh sekolah swasta dan dua sekolah kerajaan serta PDRM telah membuka sembilan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 15 laporan polis, diikuti Kuala Lumpur sebanyak enam, Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu). – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya