Keputusan permohonan untuk jadi guru boleh disemak esok

Keputusan permohonan untuk jadi guru boleh disemak esok

guru
FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 9,552 graduan pendidikan ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini yang mana keputusannya boleh diketahui esok.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, keputusan itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) hari ini.

“Urusan pengambilan guru bagi 2023 sedang dilaksanakan oleh SPP dan calon guru akan mendapat keputusan berkaitan permohonan di laman web SPP mulai esok.

“Mereka ini akan mengisi 9,552 kekosongan guru,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN