SEREMBAN: Penduduk Gaza tidak lagi memerlukan wang selepas hampir semua kawasan di Semenanjung itu musnah dibedil bom rejim Zionis Israel. Seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, Dr. Wesam Almahallawi berkata, beliau ada berhubung dengan ahli keluarganya di Gaza untuk menghulurkan bantuan terutama wang tetapi mereka mengatakan tidak memerlukannya lagi walaupun menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan dan minuman. “Saya ada bertanya kepada keluarga yang tinggal jika mereka memerlukan…