Jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah

JUMLAH mangsa banjir yang berada di PPS di Terengganu masih tinggal 31 mangsa sehingga pukul 8 pagi ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan hanya 31 mangsa banjir daripada tujuh keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, situasi air genang menyebabkan semua mangsa tersebut masih perlu berada di PPS buat masa ini.

“Satu-satunya PPS yang beroperasi di daerah Setiu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rhu Sepuluh kekal dengan jumlah mangsa sembilan orang daripada dua keluarga.

“Di Kuala Terengganu, jumlah mangsa pula menurun kepada 22 orang daripada lima keluarga yang berlindung di SK Atas Tol,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.

Bagaimanapun, stesen bacaan Sungai Nerus di Kampung Bukit di daerah Setiu juga masih melepasi paras waspada iaitu 10.74 meter berbanding paras waspada 10.5 meter

“Selain itu, stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting, daerah Kuala Nerus juga melepasi paras waspada dengan bacaan 3.34 meter (paras waspada 3.2 meter),” katanya. – UTUSAN

JUMLAH mangsa banjir yang berada di PPS di Terengganu masih tinggal 31 mangsa sehingga pukul 8 pagi ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya