Jangan tambah beban pengguna naik harga beras putih tempatan

Jangan tambah beban pengguna naik harga beras putih tempatan, gula

A. Vijayakumaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebarang kenaikan harga bagi barangan keperluan asas pengguna ketika ini hanya akan menambah beban kepada pengguna.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Sembilan, A. Vijayakumaran berkata, kerajaan perlu mempertimbang semula cadangan untuk menaikkan harga beras putih tempatan (BPT) dan gula di pasaran.

Jelas beliau, pendapatan kebanyakan rakyat masih tidak mencukupi bagi menampung peningkatan pelbagai harga barangan yang telah membebankan mereka.

“Cadangan itu hanya menambah beban rakyat, pendapatan rakyat masih kurang, sebagai persatuan pengguna sudah tentu saya tidak bersetuju, sebagai kerajaan penting untuk mencari jalan mengurangkan beban rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Vijayakumaran yang juga Naib Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berkata demikian bagi mengulas mengenai kerajaan mungkin menaikkan harga BPT dan gula tidak lama lagi selepas mengambil kira BPT sudah lama tidak dinaikkan manakala gula pula, pihak industri mengalami kerugian kerana peningkatan harga gula dunia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perbincangan berkaitan cadangan menaikkan harga BPT daripada RM2.60 sekilogram kepada RM3.30 sekilogram sedang dijalankan melibatkan kementerian.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, perkara itu akan dikaji terlebih dahulu dan mengambil kira beban yang dihadapi penanam padi, pemborong, pengilang dan pengguna.

Sementara itu, Vijayakumaran menggesa kerajaan untuk menyelesaikan isu kekurangan bekalan BPT di pasaran.

“Ia masih belum selesai, kerajaan kena tumpu kepada aspek penguatkuasaan, apa masalahnya lagi, keutamaan mesti diberikan kepada rakyat sebagai pengguna,” katanya lagi.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya