Mengenang sejarah dan peristiwa manis ketika sama-sama membesar dengan kulaan iaitu bahasa Banjar yang bermaksud saudara-mara adalah antara detik indah yang tersimpan dalam ingatan.
Namun, kenangan manis dan hubungan persaudaraan itu perlu sentiasa dihangatkan agar anak-anak terutama generasi kedua dan ketiga saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
Atas tujuan itu, Himpunan Anak, Cucu dan Waris Haji Sasi dan Hajah Saptiah diadakan di Dataran Arena Kampung Kunci Air 4, Teluk Intan, Perak kelmarin.

Perhimpunan yang bermula pukul 11 pagi dan berakhir pukul 3 petang itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 150 orang sanak-saudara.
Selain jamuan makan tengah hari, turut diadakan acara boling kelapa, teka-teki bahasa Banjar dan juga karaoke. –UTUSAN