Harga tiket lebih seimbang bila kapasiti, pesawat ditambah

Parlimen: Harga tiket lebih seimbang bila kapasiti, pesawat ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga tiket penerbangan akan menjadi lebih seimbang sekiranya lebih banyak kapasiti dan pesawat.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dengan langkah itu penawaran akan menjadi lebih banyak, sekali gus harga tiket penerbangan tidak akan terlalu tinggi seperti yang berlaku pada waktu kini.

“Jumlah kapasiti penerbangan hanya 80 peratus sahaja. Jadi dalam masa beberapa bulan akan datang, beberapa kapasiti akan ditambah, lebih banyak operasi akan berjalan semula, jadi kita akan selesaikan jadual isu penerbangan tersebut.

“Kita harapkan lebih banyak penawaran, lebih banyak kapasiti, lebih banyak pesawat. Maka ia juga dapat mengimbangkan harga tiket penerbangan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) dalam soalan tambahan meminta kerajaan menjelaskan apa langkah kerajaan untuk mengawal harga tiket penerbangan supaya lebih munasabah dan tidak membebankan.

Jelas Loke lagi, kenaikan harga tiket penerbangan itu adalah disebabkan peningkatan mata wang US Dolar, sekali gus ia turut menjejaskan beberapa aspek lain dari segi kos operasi, minyak dan sewa pesawat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya