Haram lelaki berhijab walaupun berjual beli - Ustaz Azhar Idrus

Haram lelaki berhijab walaupun berjual beli – Ustaz Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Haram bagi sesorang lelaki memakai pakaian seperti perempuan seperti berhijab walaupun bertujuan untuk berjual beli.

Tular di media sosial satu trend yang semakin berleluasa di mana peniaga lelaki memakai tudung wanita untuk tujuan melariskan jualannya.

Bukan hanya memakai tudung tetapi ada dikalangan mereka (lelaki) yang sanggup memainkan watak sebagai seorang perempuan semata-mata atas tujuan yang sama, iaitu demi menjadikan perniagaannya tular.

Perkara ini membuatkan seorang pendakwah selebriti dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus, merasakan perkara ini wajib dibanteras serta masyarakat perlu sedar dengan perkara ini.

Menerusi perkongsian video ceramah di Youtube, Ustaz Azhar Idrus berkata, Allah SWT melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan hukumnya haram.

“Seeloknya tudung tersebut dipakaikan pada patung dan diharuskan ketika keadaan menjadi darurat sahaja,” jelasnya.

Terdahulu dilaporkan, video yang dimuat naik oleh @benny_x itu telah menerima lebih 75,000 tontonan.

Peringatan oleh Ustaz Azhar itu disokong oleh netizen yang menganggap sudah tiba masanya perbuatan itu ditegur dan dibanteras.

“Dunia penghujung jadi terbalik kehidupan, akhirat yg kedua, dunia yg pertama,” tulis Mohd. Sham.

“Ramai sangat sekarang penjual lelaki yang jual barang wanita tapi bermodalkan diri sendiri, lagi-lagi yang jual skirt semua itu,” tulis Syaz.

Sementara itu seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Paksuu turut berkongsi bahawa ramai sekarang tidak peduli hasil duit halal dan haram. Semoga berubah ke arah yang lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya