Enam warga Bangladesh cemas tong gas rumah meletup - Utusan Malaysia

Enam warga Bangladesh cemas tong gas rumah meletup

Tong gas meletup
KEADAAN runtuhan siling akibat letupan dekat sebuah rumah di Jalan Bukit Jawa 2, Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Enam lelaki warga Bangladesh berdepan detik cemas apabila tong gas memasak di rumah sewa mereka di Jalan Bukit Jawa 2  di sini, meletup hari ini.

Letupan kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan runtuhan pada siling dan tingkap rumah teres dua tingkat tersebut.

Namun, semua mangsa yang berada di dalam kediaman itu selamat dan sempat menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.13 pagi tadi.

“Sepasukan lima anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja bersama sebuah jentera dikerah dalam operasi itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kebocoran gas yang mengakibatkan letupan di rumah teres berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, letupan itu menyebabkan runtuhan pada bahagian siling dan tingkap.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan enam mangsa yang menghuni rumah berkenaan disahkan selamat. Anggota bomba turut masih menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya