Deepavali: Trafik sesak 14km di Lebuh Raya KL- Karak - Utusan Malaysia

Deepavali: Trafik sesak 14km di Lebuh Raya KL- Karak

LEBUH Raya KL- Karak sesak sepanjang 14 kilometer sejak pagi ini berikutan cuti perayaan Deepavali bermula hari ini hingga Isnin ini. - IHSAN LLM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Trafik Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak sepanjang 14 kilometer (km) berikutan pertambahan kenderaan, pagi ini.

Ia susulan ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena hari kelepasan am perayaan Deepavali esok.

Menurut laporan di laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di aplikasi X, keadaan trafik perlahan sebelum Plaza Tol Gombak, menghala arah Timur bermula dari km 23.5, sekitar pukul 9.11 pagi.

Sementara itu, aliran trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E2) iaitu dari arah Bangi ke Nilai dan Seremban ke Senawang.

“Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) juga mencatat aliran trafik perlahan dari Bandar Serenia ke Nilai dan Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove.

“Aliran trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E1) arah utara iaitu Ipoh Utara ke kawasan rehat dan rawat (RnR) Sungai Perak, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman X di http://www.twitter.com/LLMtrafik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN