DAP tidak pernah persoal Islam sebagai agama rasmi Malaysia

DAP tidak pernah persoal Islam sebagai agama rasmi Malaysia

ANTHONY Loke Siew Fook (empat dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi DAP Selangor semasa Konvensyen DAP Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini- MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM :  DAP tidak mempersoalkan status agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, seperti yang dicanangkan pihak tertentu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan yang dibuat oleh pihak tersebut kononya Malaysia bakal menjadi sebuah negara sekular sekiranya partinya berada di dalam kerajaan adalah satu tanggapan karut.

“Ini tidak logik kerana bagaimana 40 orang ahli Parlimen (daripada DAP) boleh meminda Perlembagaan Persekutuan sedangkan untuk membuat sebarang pindaan memerlukan persetujuan daripada 148 orang ahli Parlimen.

“Malah di peringkat Kerajaan Pusat sekalipun, sesebuah keputusan yang hendak dibuat di peringkat Kabinet perlu mendapat persetujuan daripada majoriti Menteri,” katanya selepas menghadiri Konvesyen DAP Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Beliau menjawab dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Malaysia akan menjadi negara sekular sekiranya parti DAP menjadi kuat.

Kata Anthony lagi, partinya akan sentiasa menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apapun, kebebasan beragama dalam negara ini perlu sentiasa dipertahankan supaya Malaysia kekal harmoni.

“Jadi rakyat Malaysia tidak perlu takut kepada DAP. DAP hanyalah sebuah parti biasa sahaja,” ujarnya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya