Dakwaan UMNO Sabah hilang sokongan tidak berasas -Bung Moktar - Utusan Malaysia

Dakwaan UMNO Sabah hilang sokongan tidak berasas -Bung Moktar

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dakwaan sokongan terhadap UMNO Sabah akan menurun menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dua tahun lagi sekadar satu andaian jahat dan tidak berasas.

Gerakan Kuasa Malaysia (G57) hanya membuat andaian berdasarkan apa yang mereka dengar daripada sumber-sumber yang tidak betul.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyangkal dakwaan Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar yang menjangka trend kehilangan sokongan akar umbi terhadap UMNO Sabah.

“Selaku Ketua UMNO Sabah, saya lebih tahu tentang kekuatan parti saya, G57 ini lebih gemar membuat komen negatif terhadap parti yang bukan dalam kerajaan dan selalu menyokong parti-parti dalam kerajaan.

“Saya nasihatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) G57 agar tidak bertindak berat sebelah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun tidak terkesan dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi G57 tersebut.

Beliau berkata, komen tidak berasas yang tidak disokong dengan sebarang fakta itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada UMNO Sabah.

Sebelum ini, Bung Moktar juga menyatakan bahawa tidak timbul isu UMNO Sabah berpecah seperti ditularkan susulan gambar pertemuan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO berjumpa dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.

Perjumpaan bersama Ketua Menteri itu hanya bagi menyampaikan isu-isu dihadapi rakyat di kawasan DUN masing-masing.

Sebelum ini, Zulkarnain menyatakan biarpun Bung Moktar menafikan berlaku perpecahan dalam kalangan UMNO Sabah, namun, hakikatnya ahli-ahli dan pemimpin UMNO sebenarnya berpecah kepada dua kumpulan.

“Walaupun cuba dinafikan oleh Bung Moktar selaku Ketua UMNO namun, hakikat sebenar parti ini telah kehilangan sokongan ahli akar umbi dan data menunjukkan trend ini akan terus meningkat menjelang PRN-17,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya